" "Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan, kebijaksaan dan keluasaan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikirannya...” ((Surah al-Baqarah, ayat 164))

...Baitul Dakwah...

Kasih Tercipta...bersamanya menyusuri jalan....

'Ammar Yaasir....my sweet sour love life....

Wednesday, November 2, 2011

Alhamdulillah,segala puji bg Allah yg memberi nikmat yg tak putus2 pada kami....nikmat zuriat yg insyaAllah soleh dan solehah kami syukuri seadanya...alhamdulillah 'ala kulli haalin wani'mah...

Anaknda 'Ammar Yaasir dah nak masuk 5 tahun menjelang 2012 nnt...nampaknya makin besar mama&baba makin pening kepala melayan kerenah anaknda yg bermacam-macam...memang menguji tahap kesabaran dan keimanan mama&baba....hehehe. Tapi walau apa pun dirimu tetap penyejuk di mata dan penawar di hati kami. ...thank to you for being the queen (king)of our lives. Dalam mendidik anak,every parent have their own way of teaching...walaupun didikan kami nampak agak "keras" tetapi dalam masa yang sama kami tetap memanjakan dirimu....mungkin itu fitrah bg ibu dan ayah,sentiasa menyayangi anak-anak mereka walau apa keadaan sekalipun..tiada tolak bandingannya...

Cuma,al-kisahnya,sejak akhir-akhir ni 'Ammar Yaasir dah berlainan watak,terlebih pulak manja dan ragamnya...mama&baba perasan hal ini mungkin kerana tak lama lagi dirimu bakal bergelar seorang abang @ ingin digelar dirinya sebagai 'abe' pd adik yg bakal lahir..tetapi saat melayan perwatakanmu yg berubah secara drastik ni,mama kadang2 mmg hilang sabar...im really sorry my dearest son...i'm try to give the best for u actually...tapi kadang-kadang actionnya terover sedikit...mujurlah Allah kurniakan pd kanak-kanak itu tanpa sifat dendam...anak mama mmg anak soleh...bila mama marah,dia merajuk sekejap je then dia mula cuba utk pujuk mama or baba balik....you need me n i need u in this life..kita saling melengkapi.

Apapun, bila dah terover tu, mama cepat2 kembali ingat bahawa kerenah anak adalah ujian Allah. Ia menguji kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah dan mama ada terbaca di dalam sebuah blog yg disertakan bersamanya Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud:
”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”

Di dalam blog itu juga,penulisnya telah memetik kata-kata daripada panel pendakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Abdul Hamid,yang berkata Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya.

Segala ujian itu tidak terlepas daripada dua perkara, iaitu sebagai penghapus dosa atau peningkatan darjat.

InsyaAllah,we will try to become the best parents for you dan apa yg mama yakin ialah precious time together with u is the key of happiness for us. Walau sesibuk mana pun mama&baba, setakat ini kami cuba spend masa utk mewarnai dan menghargai waktu-waktu terluang bersamamu. We'll try the best utk hilangkan penat untuk menjawab segala persoalanmu yg bermacam rupa dan bentuk. 'Ammar Yaasir adalah anugerah Allah kepada mama&baba. Tentunya waktu kecilmu takkan berlalu begitu sahaja, ia akan dipenuhi dengan memori-memori indah yg termampu kami berikan dan lakarkan utk mu...JADILAH ANAK SOLEH IMPIAN SETIAP IBU DAN AYAH...








Di kesempatan ini juga,disertakan bersama bagaimana Islam menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk mendidik anak-anak mengikut tahap umur mereka.Paling utama ialah doa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati.

Sebagai ibubapa,kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dan tidak mengatakan perkara yang buruk-buruk kerana kata-kata seseorang ibu adalah DOA.Perkataan seperti ‘bodoh’,'malas’,'bangang’,'tak reti diajar’ hanya akan membuatkan seorang kanak-kanak itu memberontak,seterusnya langsung mengingkari setiap arahan dari ibu bapa.


Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud”Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa”Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,”Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan.”

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,”Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa.”
Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,”Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata orang mukmin.

Yang menyayangimu,
MAMA & BABA....

Doa bagi ibu yang menyusukan anak


Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.




Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

....Bersaksilah Aku....

....Ya Bunnaya....

'Ammar Yaasir Bin Hafiz Anuar..Lahirnya dirimu di waktu yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta

Terapi Alam