Tanda kasih kami pada ayah dan bonda...we love you forever n ever...
hasil ciptaan: my sister Siti Rhamadiah bt Mohd Nasir sempena Birthday abah yang ke-49.
Untukmu yang tersayang....
Monday, July 19, 2010
Posted by
Ummu Ammar
at
6:58 AM
0
comments
Malam amal palestin UIAM
Bismillahirahmanirahim..
alhamdulillah pada malam ahad yg lalu, kami sekeluarga sempat menghadiri malam amal palestin yg berlansung di UIAM, Kuantan...jemputan khas dr relawan yg turut serta dlm konvoi kemanusian ke Gaza iaitu Br.Nizam B. Awang bersama-sama berkongsi pengalaman dan alhamdulillah 'pengisian' itu memberi impak yg besar kepada jiwa-jiwa kami...
tahniah kepada semua penganjur2 yg menjayakan malam amal ini...
persembahan yang always ditunggu2 oleh para hadirin...SHOUTUL HARAKAH....
lagu 'untukmu jiwa2 kami ' meniti di bibir2 hampir semua yg hadir..termasuk juga kanak-kanak...alhamdulillah semangat jihad semakin membara di jiwa mukmin...
persembahan nasyid from IIUM students.....
Sajak MAVI MARMARA yg dicipta khas oleh akh Bashir....amat menusuk kalbuku...syabas pada sahabat kita...
ini saja utk dikongsi utk entry kali ini.....wassalam.
Posted by
Ummu Ammar
at
6:49 AM
0
comments
Al Khansa ibu 4 mujahid sejati
Sunday, July 11, 2010
Al-Khansa dilahirkan pada zaman jahiliyah dan membesar di tengah suku bangsa Arab yang mulia, iaitu Bani Mudhar. Sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa. la adalah seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, pemberani, tegas, tidak kenal pura-pura, suka terus terang. Dan selain keutamaan itu, ia pun pandai bersyair. Diriwayatkan bahawa ketika Adi bin Hatim dan saudarinya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW, maka berkata, “Ya Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang yang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda.” Rasulullah SAW bersabda, ‘Siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya.’ Adi menjawab, ‘Adapun yang paling pandai bersyair adalah Umru’ul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah hati adalah Hatim Ath-Tha’i, ayahku. Dan yang paling pandai berkuda adalah Amru bin Ma’dikariba.’ Rasulullah SAW menjawab, “Apa yang telah engkau katakan itu salah, wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa binti Amru, dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah, dan orang yang paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thaiib.’ Al-Khansa berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz As. Dari pernikahan itu mereka dikurniakan empat orang anak lelaki. Dan melalui pendidikan dari tangan-tangannya, keempat anak lelakinya ini telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal. Dan Khansa sendiri terkenal sebagai ibu dari para syuhada’ disebabkan dorongannya terhadap keempat anak lelakinya yang telah gugur syahid di Sebelum peperangan melawan tentera Ketika ibunda mereka, Al-Khansa, mendengar kematian anak-anaknya dan kesyahidan semuanya, sedikit pun ia tidak merasa sedih. Bahkan ia telah berkata, ‘Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putera-puteraku. Semoga Allah segera memanggilku dan berkenan mempertemukan aku dengan putra-putraku dalam naungan Rahmat-Nya yang kukuh di syurgaNya yang luas.’
Posted by
Ummu Ammar
at
4:15 AM
0
comments
10 Muwassafat Tarbiyah
Saturday, July 10, 2010
Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:
1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.
2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
http://www.iluvislam.com
Posted by
Ummu Ammar
at
1:05 AM
0
comments
Anakku Manjaku...
Monday, June 7, 2010
Actually, tips ini dipetik dr blog lain dan di'paste'kan di blog sendiri...tips yang diberikan ini cukup memberi impak yg besar pada diri saya, seolah-olah ia telah menyedarkan diri ini dari tidur yang lena..saya adalah sebagai seorg ibu yang serba kekurangan dan kadang-kadang terlupa akan peranan dan tanggungjawab yang sgt besar bagi seorang ibu dlm mendidik, memahami, melayan, membelai anak-anak dengan penuh kasih sayang...ketahuilah,sesungguhnya segala-galanya bermula dari kita utk mencorakkan anak-anak...ayuh, sama-sama kita kongsi, kita sama-sama berubah dan kita pratikkan utk anak2 tersayang demi kebahagiaan bersama...
Tips menyayangi anak-anak.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangananak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Posted by
Ummu Ammar
at
6:48 AM
0
comments
Ujian adalah tarbiah dr Allah..
Thursday, May 13, 2010
Pengalaman yg di lalui oleh diriku beberapa hari yg lalu masih terasa segar...Terasa sungguh sedih apabila impian yg kita nanti-nantikan selama ini tidak menjadi kenyataan..hanya Allah yg tahu perasaan yg melanda di hati.....
Ya Allah ampuni diri ini andai sudah su'u zhon (bersangka buruk) dgnMu ya Allah...sesungguhnya aku hambaMu yg lemah. dan tidak aku nafikan, hakikat kejadiaan manusia sememangnya sentiasa memerlukan proses pembersihan hati dan jiwa kerana andai tidak diproses hati itu maka, teramat mudahlah kita dipengaruhi oleh bisikan-bisikan syaitan yang dtg di kala kita sedang bersedih, di kala kita sedang 'merajuk' dgn Allah...hati kita mudah merasa goyah, cepat marah, cepat melatah...sehinggakan terlintas di hati kita Allah tidak adil, menyusahkan hidup kita dgn ujian yg pelbagai...yang lebih teruk lagi, apbl ada manusia yg sanggup berdendam dgn Allah...berita-berita yg kita dengar saban hari, dek kerana tension, solution yg plg mudah ialah bunuh diri...itulah manusia yang hatinya tidak diproses..tidak disentuh oleh cahaya keimanan...mereka sanggup melakukan apa shj tanpa rasa takut atau gerun pd azab Allah...nauzubillahi min zalik..
Kita sebenarnya lupa bahawa ujian itu tanda kasih sayang Allah pada kita...ujian yang datang itu mengajar kita utk lebih redha, sabar, tawakal, baik sangka dgn Allah dan daripada ujian itu kita merasakan diri kita lebih akrab lagi pd Pencipta kita yg Maha Agung.
Bila di amati maksud ayat seribu dinar berkali-kali hati yang gundah gulana insyaAllah akan tenang dengan janji-janji Allah ini...
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Sesiapa yang sedang resah gelisah di tika ini, ayuh kita hayati lirik nasyid ini, InsyaAllah ketenangan akan hadir---->
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
InsyaAllah selepas kesusahan akan dtg kesenangan....yakin dgn janji Allah disertai dgn usaha,doa dan tawakal...
Kadang-kadang Tuhan sembunyikan kita matahari,DIA datangkan petir dan kilat...
rupa-rupanya Tuhan ingin menghadiahkan kita pelangi...
maka husnu zhon laa selalu dgn Allah....
wassalam...
Posted by
Ummu Ammar
at
8:40 AM
0
comments
Mencintai Palestin tanda iman dan taqwa...
Monday, May 10, 2010


Salam ukhuwwah dan mahabbah kerana Allah....Alhamdulillah, Allah memberi kami kesempatan untuk turut hadir di Perhimpunan Perdana Palestin pada 8 mei 2010 walaupun ketika itu zauji masih dlm program IEEP anjuran UIA kuantan for all staff di puteri resort melaka..tepat jam 5.40pm, kami dr melaka rushing menuju ke stadium malawati...semangat makin berkobar2 untuk sampai awal di sana kerana abah, ma bersama nurul dan adam sudah menanti kami di sana...hujan yg lebat kami redahi, stuck dlm jam tak patahkan semangat kami...untukmu Gaza, kami datang....

according to ummu umar, anak2 perlu melihat apbl ibu bapa menderma....mereka akan mencontohi amalan mulia ini...hmmm...betul jgk tu, tarbiah kan bermula dr kecil...caiyok my son, caiyok!!
anak beranak bersemangat Jihad...ameen..takbir...ALLAHUAKBAR...

Kita perlu pastikan minda kita tidak sunyi dari berita perkhabaran jatuh bangunnya ummah dan kita perlu alert dari masa ke semasa dgn keadaan sebenarnya yang sedang berlaku.“ Silence is not an action”. Ayuh, bantu mereka selagi kita mampu! moga usaha kita yang secebis ini diterima Allah SWT sebagai saham di akhirat dan pemberat mizan kita ke syurga kelak.Mencintai palestin tanda iman dan taqwa....kita mesti mencintainya lebih dari kecintaan kita terhadap tanah air sendiri..


KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD, JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA'UD...
Tunggu saatnya wahai yahudi, tentera Allah akan kembali...
wassalam....
Posted by
Ummu Ammar
at
6:41 AM
0
comments


