Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain . Ia merupakan ikatan rabbani , ikatan yang diikuti dan dibina atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi saw. yang bermaksud :“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah” . (Hadith riwayat Imam Ahmad)
Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah suatu tunggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan juga sebagai sendi yang menghubungkan anggota masyarakat. Harakah Islamiyyah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain. Ianya umpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain turut menanggung penderitaannya.
Ukhuwwah Dalam Konteks Amal Islami
Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jemaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan hanya sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.
1. Ukhuwwah (yang terjalin antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda baginda Rasulullah saw yang bermaksud : “Sesiapa yang Allah ingin dikurniakan kebaikan kepadanya, nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia terlupa (lalai) teman itu menolong memberi peringatan, dan apabila (temannya itu) memperingatkannya, ia akan menolongnya." Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang mengatakan: “Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.
2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah saw: “Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari ia beri’ktikaf selama dua bulan di dalam masjid ku ini”. (Hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih )
3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.
4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah saw bersabda: “Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara:
(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
(2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya.
(3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.
(4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit ( mengucapkan yarhamukaLlah ).
(5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi.
(6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya” . (Hadith riwayat Muslim)
5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Allah berfirman dalam surah al-balad ayat ke 17 yang bermaksud: “Selain itu dia termasuk dalam golongan orang yang beriman dan berwasiat satu sama lain supaya bersabar dan dengan berkasih sayang”. Rasulullah saw bersabda:“Janganlah kamu saling memutuskan silatur-rahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad-menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal (haram) bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. Rasulullah saw juga bersabda: “Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu ( kerana itu juga satu kebaikan). ( Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda : “Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara ma’ruf itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air”. (Hadis riwayat Al –Tirmidhi). Selain itu Rasulullah saw juga menjelaskan cara yang paling baik dan praktikal untuk merapatkan ukhuwwah ialah dengan memberikan hadiah. Sabda Nabi yang bermaksud: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari Qiamat”. (Hadis riwayat Al-Tirmizi). Seseorang Islam itu juga diingatkan supaya mendoakan untuk saudara seIslamnya. Ini penting kerana dalam satu hadis Nabi bersabda yang bermaksud: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya di belakangnya adalah mustajab, terdapat malaikat yang dihantar khas untuk mendengarnya, lalu malaikat itu akan berkata setiap kali dia berdoa: Amin dan bagimu juga seperti yang kamu doakan untuk saudaramu”. Tambahan pula jika kita mempunyai kesilapan terhadap saudara kita, sudah tentulah kita perlu meminta ampun dari Allah untuknya. Menurut Al Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ ulumiddin cara ini lebih baik dan praktikal dari kita pergi memberitahunya kesilapan kita terhadapnya lalu menambah kemarahannya kepada kita.
Penutup :
Demikianlah secara ringkas tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita selaku umat Islam, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita secara berjemaah sudah tentulah perkara seperti ini dipandang secara lebih serius. Inilah rahsia kejayaan Nabi, para sahabat dan golongan salaf sebelum kita, yang telah berjaya membangunkan tamadun yang tidak ada tolok bandingnya sepanjang sejarah kehidupan manusia. Mereka merupakan generasi Islam beriman yang unik yang menjadi model kepada semangat ukhuwwah dan kasih sayang sesama mereka.
from: ustaz Tajul ariffin
Ukhuwwah syarat ke syurga.....
Wednesday, March 24, 2010
Posted by
Ummu Ammar
at
3:13 AM
0
comments
HALUANITA
Monday, March 22, 2010
TRAINING OF TRAINERS PROGRAM..
-kolej pendeta za'aba UKM-
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana di beri kesempatan utk hamba yg kerdil ini menghadiri satu program yg tak terkata 'bestnya' sehingga rasa spt tak nak pulang dr program ni...syabas kpd pihak penganjur HALUANITA WILAYAH krn menyajikan pengisian2 yg terlalu hebat dan penyampaian dr pakcik2 yg pakar dlm setiap modul...pakcik mus yg sememangnya best, dr azizan yg sts dgn lawak tarbawinya, dr asmawati yg memberi byk input2 baru, pakcik ibrahim (kalam I.A.R) yg menghiburkan kami sehingga mengalir air mata (gelak sampai sakit perut)dan membawa kami kembali ke zaman kanak2 dgn games yg penuh dgn kreativiti, pakcik engliman yg mmg arif dgn bab2 modul dan ustz fauzi (srik) yg sememangnya kami thiqah dgn ilmunya...alhamdulillah ya Allah, setinggi-tinggi kesyukuran hamba panjatkan ke hadratMu ya Rabb...insyaAllah pembelajaran yg diperoleh dr program ini akan dipraktikkan dan sewajarnya dilaksankan as soon as possible supaya tdk lupa dgn method2 yg diajari...
Posted by
Ummu Ammar
at
8:18 AM
0
comments
...Taman-taman syurga...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
3/3/2010
penyampaian : cikgu Din
Firman Allah yg bermaksud: Orang-orang yang Allah buka hatinya untuk menerima Islam kemudian Allah berikan kepadanya Cahaya.....
Daripada firman Allah ini, Rasulullah saw menjelaskan:
"Bila cahaya iman masuk ke dalam hati seseorg, hatinya akan merasa lapang...."
sahabat bertanya pada Rasulullah "apa tanda hati lapang?"
Rasulullah menjawab "Hati itu terpaut kepada tempat kembalinya"
Dan sabda Rasulullah lagi "Dia bersedia utk mati sebelum tiba masanya"
dan Rasulullah bersabda lagi "apabila disebut nama Allah,akan gementarlah hatinya"
Sesungguhnya orang-orang yg melakukan makruf di dlm kehidupannya,hidupnya itu dari hari ke hari akan diberi kekuatan dan mereka akan menjadi lebih sensitif kepada setiap perintah dan larangan Allah.
wallahu a'lam..
Posted by
Ummu Ammar
at
7:10 AM
0
comments
Duhai RASULULLAH....
Thursday, February 25, 2010
Sepenggal Kisah Akhir Hayat Rasulullah :’)
Sudah beberapa hari ini rasul tercinta terbaring tak berdaya di tempat tidurnya di rumah Aisyah ra. Beliau sudah merasa bahwa inilah detik-detik terakhirnya di dunia yang fana ini. Setelah meminta Aisyah membantunya bersiwak, beliau didatagi malaikat jibril.
…
Namun dalam perjumpaannya jibril tak memandang kpd Rasul sedikit pun.
“Wahai malaikat Allah, mengapa engkau tak memandang kepadaku??”tanya Rasul heran.
Masih dengan memalingkan wajahnya, Jibril berkata “Duhai kekasih Allah, aku tak tega melihatmu seperti ini.” Rasul tersenyum. Tak lama kemudian datanglah malaikat Izrail, dengan wajah pilu sAMBIL memberi salam kepada Rasulullah.
“Apakah ini saatnya?” tanya Rasulullah
Dengan wajah muram Izrail mengangguk, ” sungguh pekerjaan berat bagiku untuk mencabut nyawa setiap hamba.”
“Apakah akan terasa sakit?” Tanya Rasul
“Entahlah aku tak pernah merasakannya, namun dari setiap nyawa yang kucabut semua pemiliknya menjerit kesakitan.”
Rasul tersenyum, bibirnya tak henti mendesiskan asma Allah
“Duhai Rasulullah, ucapkanlah permintaan terakhirmu” Ujar malaikat jibril.
“Aku mengkhawatirkan umatku.” jawab Rasulullah singkat.
…
Tak berapa lama kemudian malaikat Izrail mulai menjalankan tugasnya. Dalam perjalanan awal Izrail menarik ruh Muhammad. Muhammad mengerang kesakitan, “Duhai Izrail, sesakit inikah sakaratul maut?” ujarnya di sela erangnya.
Izrail menatap Rasulullah dengan berlinar air mata, tak tahan rasanya menyakiti orang yang begitu mulia, ” Wahai Muhammad ini adalah cara terlembut yang aku lakukan.” jawabnya lemah.
“Sesakit inikah yang dirasakan umatku ketika menjemput maut… sungguh sakit.” Jibril semakin kuat memalingkan wajahnya, tak mau ia melihat orang yang dikasiihi Allah menderita kesakitan yang teramat sangat.
“Duhai Rasulullah sampaiakn permintaan terakhirmu?” ulangnya
Baginda Rasul semakin kesakitan seiring perjalanan ruhnya meninggalkan tubuhnya, ia berdoa “Duhai Allah begini sakitnya tercabut nyawa, jika engkau izinkan pindahkanlah seluruh rasa sakit umatku saat menghadapi sakaratul maut kepadaku, izinkanlah Ya Allah” Berlinang air mata jibril mendengar doa rasulullah. Begitu besarnya cinta Beliau kepada umatnya.
Meskipun telah berulang kali jibril menanyakan permintaan terakhir rasulullah, dalam getar bibirnya, ia menyebut, ” Ummati….Ummati…Ummati.”
..Hingga akhirnya ruh manusia mulia itu benar-benar terpisah dari jasadnya. sungguh episode ini membuat jutaan umat di dunia mengagumi dan merindukan pertemua dengannya, kekasih Allah.
..
sumber : kafemuslim.com
…
semoga bermanfaat ^^
Dapatkan Testi-Testi Menarik di Sini
Posted by
Ummu Ammar
at
6:05 AM
1 comments
Duhai diri....
Kadang-kadang Tuhan sembunyikan kita matahari,
DIA datangkan petir dan kilat...
kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Tuhan ingin menghadiahkan kita pelangi...
maka husnu zhon laa selalu dgn Allah..
Posted by
Ummu Ammar
at
5:52 AM
0
comments
DOSA AKAN DATANG DLM 4 PERINGKAT
Dosa Peringkat Pertama..
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya.... Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua..
Dosa Peringkat Kedua...
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..
Dosa Peringkat Ketiga..
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.... Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..
Dosa Peringkat Keempat..
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..
Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..
Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut. "Rasulullah menjawab, Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.
Posted by
Ummu Ammar
at
5:44 AM
0
comments
UNTUKMU RASULULLAH....
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'
Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang
Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman
Ya Rasulullah ya Habiballah ( 2X )
Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan
Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan
Ya Rasulullah ya habiballah ( 2X )
---Hijjaz---
Posted by
Ummu Ammar
at
4:27 AM
0
comments
