" "Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan, kebijaksaan dan keluasaan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikirannya...” ((Surah al-Baqarah, ayat 164))

...Baitul Dakwah...

Kasih Tercipta...bersamanya menyusuri jalan....

Ujian adalah tarbiah dr Allah..

Thursday, May 13, 2010

Sama-sama kita muhasabah balik, bagaimana diri anda apabila di timpa ujian atau musibah dr pd Allah????

Pengalaman yg di lalui oleh diriku beberapa hari yg lalu masih terasa segar...Terasa sungguh sedih apabila impian yg kita nanti-nantikan selama ini tidak menjadi kenyataan..hanya Allah yg tahu perasaan yg melanda di hati.....

Ya Allah ampuni diri ini andai sudah su'u zhon (bersangka buruk) dgnMu ya Allah...sesungguhnya aku hambaMu yg lemah. dan tidak aku nafikan, hakikat kejadiaan manusia sememangnya sentiasa memerlukan proses pembersihan hati dan jiwa kerana andai tidak diproses hati itu maka, teramat mudahlah kita dipengaruhi oleh bisikan-bisikan syaitan yang dtg di kala kita sedang bersedih, di kala kita sedang 'merajuk' dgn Allah...hati kita mudah merasa goyah, cepat marah, cepat melatah...sehinggakan terlintas di hati kita Allah tidak adil, menyusahkan hidup kita dgn ujian yg pelbagai...yang lebih teruk lagi, apbl ada manusia yg sanggup berdendam dgn Allah...berita-berita yg kita dengar saban hari, dek kerana tension, solution yg plg mudah ialah bunuh diri...itulah manusia yang hatinya tidak diproses..tidak disentuh oleh cahaya keimanan...mereka sanggup melakukan apa shj tanpa rasa takut atau gerun pd azab Allah...nauzubillahi min zalik..

Kita sebenarnya lupa bahawa ujian itu tanda kasih sayang Allah pada kita...ujian yang datang itu mengajar kita utk lebih redha, sabar, tawakal, baik sangka dgn Allah dan daripada ujian itu kita merasakan diri kita lebih akrab lagi pd Pencipta kita yg Maha Agung.


Bila di amati maksud ayat seribu dinar berkali-kali hati yang gundah gulana insyaAllah akan tenang dengan janji-janji Allah ini...

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."


Sesiapa yang sedang resah gelisah di tika ini, ayuh kita hayati lirik nasyid ini, InsyaAllah ketenangan akan hadir---->

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Diulangi sekali lagi;

Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

InsyaAllah selepas kesusahan akan dtg kesenangan....yakin dgn janji Allah disertai dgn usaha,doa dan tawakal...

Kadang-kadang Tuhan sembunyikan kita matahari,DIA datangkan petir dan kilat...
kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Tuhan ingin menghadiahkan kita pelangi...

maka husnu zhon laa selalu dgn Allah....

wassalam...


Mencintai Palestin tanda iman dan taqwa...

Monday, May 10, 2010

Lifeline4Gaza – Break The Siege

Salam ukhuwwah dan mahabbah kerana Allah....

Alhamdulillah, Allah memberi kami kesempatan untuk turut hadir di Perhimpunan Perdana Palestin pada 8 mei 2010 walaupun ketika itu zauji masih dlm program IEEP anjuran UIA kuantan for all staff di puteri resort melaka..tepat jam 5.40pm, kami dr melaka rushing menuju ke stadium malawati...semangat makin berkobar2 untuk sampai awal di sana kerana abah, ma bersama nurul dan adam sudah menanti kami di sana...hujan yg lebat kami redahi, stuck dlm jam tak patahkan semangat kami...untukmu Gaza, kami datang....


with my beloved ukhtie, ummu umar...luv you so much!
according to ummu umar, anak2 perlu melihat apbl ibu bapa menderma....mereka akan mencontohi amalan mulia ini...
hmmm...betul jgk tu, tarbiah kan bermula dr kecil...caiyok my son, caiyok!!

anak beranak bersemangat Jihad...ameen..
takbir...ALLAHUAKBAR...

Menyedari hakikat, isu Palestin adalah isu sepanjang zaman dan kita sebagai ummat Islam yang diberi kesedaran, tidak boleh berdiam diri tanpa melakukan sesuatu kerana Palestin merupakan salah satu dari tiga bumi yg suci yg dipilih oleh Allah dan merupakan tanah yg pernah dipijak oleh Rasulullah SAW ketika israk dan mikraj..tetapi di antara 3 tanah suci itu, Palestin merupakan sebahagian ujian Allah ke atas ummat Nabi Muhammad SAW..

baba ammar wa abi umar.....
umar al-fateh di ribaan ammu hafiz dan di agah oleh atuk nasir..

Sgt berbangga dgn kejayaan HALUAN bersama NGO2 lain yang bekerjasama menganjurkan program Lifeline4Gaza – Break The Siege, dalam rangka untuk mengumpul dana daripada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan ini. Justeru kita di sana bukanlah utk bersuka ria, sekadar mendengar dendangan nasyid2 dr artis2 jemputan, menderma dan kemudian balik dgn hati yg lansung tdk terkesan...nauzubillahi min zalik.... hakikatnya, tidak dapat tidak kita juga punya peranan di situ. InsyaAllah, diharapkan kita mampu melakukan sesuatu demi perjuangan ini...

Kita perlu pastikan minda kita tidak sunyi dari berita perkhabaran jatuh bangunnya ummah dan kita perlu alert dari masa ke semasa dgn keadaan sebenarnya yang sedang berlaku.“ Silence is not an action”. Ayuh, bantu mereka selagi kita mampu! moga usaha kita yang secebis ini diterima Allah SWT sebagai saham di akhirat dan pemberat mizan kita ke syurga kelak.


Mencintai palestin tanda iman dan taqwa....kita mesti mencintainya lebih dari kecintaan kita terhadap tanah air sendiri..



Realitinya, inilah Gaza, inilah kekejaman Israel! Jahanam Israel!

KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD, JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA'UD...
Tunggu saatnya wahai yahudi, tentera Allah akan kembali...

wassalam....

Yakini Fikrah ini...

Wednesday, April 28, 2010

Wahai pemuda,seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah Islam. Kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat.

Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih untuk terumbang ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai...
~Syeikh Mustafa Masyhur~



Istimewa buatmu sahabatku...




Bila kau letih dan hilang semangat
Allah tahu betapa dirimu telah
mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan
dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira
titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan
dan masa maninggalkanmu,
Allah setia disisimu.

Bila kau telah mencuba
segalanya tapi tak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian.

Bila tak beerti buatmu,
keliru dan kecewa,
Allah adalah jawapannya....

Kebahagiaan seorang mukmin adalah
dengan cinta kepada Allah
dan cinta kerana Allah
merupakan pengertian yang lebih
dalam daripada semua makna
yang terdalam.

Tiada yang dapat merasakan
cintaNYA kecuali hanya orang
mukmin yang benar iaitu mereka
yang tidak mahu menerima
ganti selain NYA.




Aurat Wanita Dari Firman Allah dan Hadis-hadis Nabi.

Thursday, April 8, 2010



1.Bulu kening
Menurut Bukhari, “Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 31

5. Gigi
“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. Sabda SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” An Nur : 31.

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar. “Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.

12. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

DOA RABITAH.

Tuesday, April 6, 2010

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Ukhuwwah syarat ke syurga.....

Wednesday, March 24, 2010

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain . Ia merupakan ikatan rabbani , ikatan yang diikuti dan dibina atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi saw. yang bermaksud :“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah” . (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah suatu tunggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan juga sebagai sendi yang menghubungkan anggota masyarakat. Harakah Islamiyyah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain. Ianya umpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain turut menanggung penderitaannya.

Ukhuwwah Dalam Konteks Amal Islami

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jemaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan hanya sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

1. Ukhuwwah (yang terjalin antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda baginda Rasulullah saw yang bermaksud : “Sesiapa yang Allah ingin dikurniakan kebaikan kepadanya, nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia terlupa (lalai) teman itu menolong memberi peringatan, dan apabila (temannya itu) memperingatkannya, ia akan menolongnya." Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang mengatakan: “Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah saw: “Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari ia beri’ktikaf selama dua bulan di dalam masjid ku ini”. (Hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih )

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah saw bersabda: “Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara:
(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
(2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya.
(3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.
(4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit ( mengucapkan yarhamukaLlah ).
(5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi.
(6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya” . (Hadith riwayat Muslim)

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Allah berfirman dalam surah al-balad ayat ke 17 yang bermaksud: “Selain itu dia termasuk dalam golongan orang yang beriman dan berwasiat satu sama lain supaya bersabar dan dengan berkasih sayang”. Rasulullah saw bersabda:“Janganlah kamu saling memutuskan silatur-rahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad-menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal (haram) bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. Rasulullah saw juga bersabda: “Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu ( kerana itu juga satu kebaikan). ( Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda : “Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara ma’ruf itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air”. (Hadis riwayat Al –Tirmidhi). Selain itu Rasulullah saw juga menjelaskan cara yang paling baik dan praktikal untuk merapatkan ukhuwwah ialah dengan memberikan hadiah. Sabda Nabi yang bermaksud: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari Qiamat”. (Hadis riwayat Al-Tirmizi). Seseorang Islam itu juga diingatkan supaya mendoakan untuk saudara seIslamnya. Ini penting kerana dalam satu hadis Nabi bersabda yang bermaksud: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya di belakangnya adalah mustajab, terdapat malaikat yang dihantar khas untuk mendengarnya, lalu malaikat itu akan berkata setiap kali dia berdoa: Amin dan bagimu juga seperti yang kamu doakan untuk saudaramu”. Tambahan pula jika kita mempunyai kesilapan terhadap saudara kita, sudah tentulah kita perlu meminta ampun dari Allah untuknya. Menurut Al Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ ulumiddin cara ini lebih baik dan praktikal dari kita pergi memberitahunya kesilapan kita terhadapnya lalu menambah kemarahannya kepada kita.

Penutup :
Demikianlah secara ringkas tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita selaku umat Islam, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita secara berjemaah sudah tentulah perkara seperti ini dipandang secara lebih serius. Inilah rahsia kejayaan Nabi, para sahabat dan golongan salaf sebelum kita, yang telah berjaya membangunkan tamadun yang tidak ada tolok bandingnya sepanjang sejarah kehidupan manusia. Mereka merupakan generasi Islam beriman yang unik yang menjadi model kepada semangat ukhuwwah dan kasih sayang sesama mereka.

from: ustaz Tajul ariffin

....Bersaksilah Aku....

....Ya Bunnaya....

'Ammar Yaasir Bin Hafiz Anuar..Lahirnya dirimu di waktu yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta

Terapi Alam