اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي
وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا
اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا
اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ
الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Maksudnya:
Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,
Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,
Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,
Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.
Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan
al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W.
Daripada blog2 yg saya lawati,saya mendapat beberapa hasil dan saya 'combine' hasil-hasil tersebut :::: yang mana ibu-ibu hamil juga boleh membaca ayat-ayat suci yg dinyatakan di bawah dan tiup pada air biasa atau air zam-zam:
1- Al-fatihah
2-3 Qul
3- ayat kursi
4- Al-naziat : 46
5- Al-ahqaf : 35
6- surah 'abasa : 20
7-al-anbiya' : 87
ini sekadar usaha,tetapi yakinlah bahawa sebaik-baik penyusunan adalah dr Allah swt.
wslm..
0 comments:
Post a Comment